PRAKTIKAL WAKTU BANGUN MALAM
PRAKTIKAL WAKTU BANGUN MALAM Al-Imam al-Ghazaliy berkata pada Nasihat ke-13 di dalam kitab Ayyuha al-Walad bahawa, Junjungan Agung Nabi Muhammad ﷺ telah bersabda: ((ثلاثة أصوات يُحِبُّها الله تعالى: صوت الديك، وصوت الذي يقرأ القرآن، وصوت المستغفرين بالأسحار)) Maksudnya: “Terdapat tiga suara yang dicintai oleh Allah Ta’ala iaitu; kokokan ayam jantan, alunan suara orang yang membaca al-Quran dan rintihan suara orang yang beristighfar pada waktu sahur.” Kemudian, bagi menerangkan berapakah tempoh untuk bangun malam, Guru Yang Mulia Shaykhuna telah membaca sharahan al-Imam al-Ghazaliy dari kitab Ihya ‘Ulum al-Din, iaitu dari kitab Tartib al-Awrad wa Tafsil Ihya’ al-Layl. [1] PERINGKAT PERTAMA Menghidupkan كل الليل (sepanjang malam) Sebahagian Salaf telah menunaikan solat Subuh dengan wuduk solat Isyak selama 40 tahun, antaranya: 1. Al-Imam Sa’id bin al-Musayyib 2. Al-Imam Sofwan bin Salim 3. Al-Imam Fudhayl bin ‘Iyadh dan ramai lagi Kemudian, ditambah oleh Guru Yang Mulia Shaykhuna: 1. Al-...