ZAT ALLAH YANG MAHA ESA TIDAK BERHAJAT KEPADA TEMPAT, MASA, DAN ARAH

Kenapa ummat islam berzaman2 tak berpegang Tuhan itu bertempat dan berjihak, baik di mana-mana tempat dan jihak? 

1. Kerana tidak ada sebut lafaz jihak bagi Tuhan itu, walaupon satu ayat dari Alquran dan satu potong dari Alhadith sekalipon

2. Kerana tidak sebut juga lafaz jihak bagi Tuhan itu, walau seorangpon dari kalangan ulamak salaf hingga ulamak khalaf

3. Kerana fahaman tentu jihak bagi Tuhan itu , hanya hasil dari orang yang melampaui guna aqal, firqah yang redah batasan aqal sahaja, walau dia kata dia tak guna aqal sekalipon!! , sebab belum ada tempat, jihak, dan masa, Tuhan kita sudah ada , maka tak sepatut redah batasan aqal yang singkat ini, kerana zat Tuhan kita itu tak serupa dg makhlok, maka tak dapat dibayangkan atau dilintasi oleh aqal yg singkat lagi lemah ini

4. Kerana jihak itu sifat #baharu bagi #jirim, sementara Tuhan kita itu #kodim bukannya baharu , dan Tuhan kita itu semata-mata #zat bukannya jirim seperti zat makhluk ini, seperti burung diatas udara, beruk diatas pokok kelapa, orang diatas rumah, malaikat diatas langit, dan sebagainya

5. Kerana fahaman ini hasil dari ayat atau hadith yg mutasyabihat, yakni yang ada banyak makna(دلاله ظنيه), boleh ihtimal biberapa makna, tidak putus dengan satu makna(دلاله قطعيه), sebaba itu para ulamak salaf soleh suruh baca lalu sahaja sepertimana berkata imam malik امرارها كماجائت، 

6. Kerana memadai dg ayat muhkamat 

ليس كمثله شيئ،
 ولم يكن له كفوا احد ، 

Jika berpegang bahawa Tuhan itu berjihak niscaya berlawanlah dg ayat yang sudah terang yang putus dg makna yg satu ini

7. Kerana tidak ada beza dg makhluk, atau membawa kepada Tuhan itu serupa dg makhluk(yg berjihak ini), niscaya tidak sah sama sekali walau kita nak kata jihak itu jihak yg kodim sekalipon, kerana semua jihak itu benda baharu yang tentu kepada zat yang baharu sahaja

8. Kerana jihak itu sifat kekurangan , sifat lemah , sifat yang dikontrol yang diurus didalam genggaman Tuhan, maka tidak sah menyabitkan sifat kekurangan ini bagi zat yg sangat sempurna yg mana kesempurnaannya itu mengatasi aqal yang baharu ini, jika dia berjihak seperti makhluknya ini , niscaya ada Tuhan yg lain yang mengkontrol dan menguasai diatasnya pula , Waliyazubillah!!

9. Kerana membawa kepada bertentangan atau tanaqud dengan ayat2 yg lain lagi , 

seperti ayat وهو معكم اينما كنتم ، 
ayat ان الله معنا ، 
ayat , فاني قريب ، 
ayat ان الله مع الصابرين ، 
dan lain2 yang sangat banyak lagi

10. Kerana jihak itu lawazim bagi jisim , bila lawazim bagi jisim , niscaya lahir pulak berjarak , berupa , beranggota , berjuzuk-juzuk , berbentuk , bergerak atau berdiam , bersifat jismiah lain2 lagi Wal-iyazubillah!!

11. Kerana membatalkan satu makna dari sifat wahdaniah pada zat, yang menafikan kammuttasil pada zat(كم‌ متصل في ذاته تعالي) bilangan yang berhubung atau yang bersusun pada zatnya taala, yakni berkapuh oleh biberapa juzuk atau biberapa jirim firid hingga menjadi suatu bentukan atau rupa

12. Kerana membatalkan sifat kidam bagi Tuhan, (ما لا اول له) , zat dan sifatnya itu semua adalah sediakala , bila ada awal atau baharu , maka perkara itu tentu bertempat , berjihak , bermasa , seperti benda baharu semua mulai ada disitu disini , masa itu masa ini , diatas itu dibawah ini , bila serupa benda baharu niscaya adalah diapon baharu juga bukannya kodim , Waliyazubillah!!

13. Kerana membatalkan sifat kiyamuhu bi nafsihi, yakni terlepas , terkaya , atau tak berhajat kepada serba serbi , hingga kepada arasy sekalipon, bila terkayanya dari semua makhluk, tentu juga terlepas dan sucinya daripada jihak

14. Kerana membatalkan sifat mukhalafatuhu taala lilhawadith, Yakni zat dia bukan jirim , sifat dia bukan aradh

15. Kerana membatalkan sifat kudrah atau membawa kepada lemahnya taala , yakni bila serupa benda baharu tentunya lemah , tak dapat mengadakan sesuatupon dari alam ini , maka tentu bathil(pelsu) , kerana semua perkara dah nyata dan nampak dengan musyahadah dengan mata dan otak kepala kita dah

16. Kerana sepakat atau ijmak para ulamak salaf dan khalaf , bahawa sifat istiwak Tuhan itu tidak ada kaifiat(بلاكيف) , dan ijmak juga sifat istiwak ini ialah yang layak bagi Tuhan(ما يليق به) ، Maka jihak atas yang lawan bagi jihak bawah ini, tidak layak sedikitpon bagi kesempurnaan Tuhan, begitu juga jihak bawah yang lawan bagi jihak atas , 

dan lagi jihak atas yang lawan bagi jihak bawah ini juga suatu kaifiat bagi makhluk , begitu juga jihak bawah yang lawan bagi jihak ataspon suatu kaifiat juga , Maka Tuhan kita istiwaknya bilakaifin dengan ijmak para ulamak dunia islam samaada dizaman salaf maupon khalaf .

++++++++++++++++++++++++

Ciri-ciri golongan ahlissunnah waljamaah(Aswaja) -:

1. #jamaah_besar atau mejoritas dalam kalangan #ummat_islam pada setiap abad , semenjak zaman rasullullah hingga sampai skrg ini, tidak terkeluar pecah pecir jadi golongan yang menoritas(golongan kecil) sama sekali

2. bersanad ilmu , silsilah ilmu bersambungan , tak putus sanad

(Ikuti ulamak salaf dan khalaf/ tak kerat khalaf)

3. Faham jalanan salaf mengikut mejoriti ulamak khalaf , Bukan faham sendiri , jemput-jemput

4. seimbangkan aqli dan naqli

5. Mendahului ayat muhkamat dari ayat mutasyabihat

6. mentanzihkan ayat mutasyabihat(yang ada ihtimal banyak makna), tak beri sifat baharu kpd zat yg kodim , menyucikan Tuhan dari segala sifat kekurangan

7. Tak cepat menghukumkan syirik dan bid-ah kpd muslim, tidak mudah mengeluarkan muslim dari agama islam

8. Tak mencampurkan mazhab fiqah, kerana bercampur mazhab itu menunjuk bahawa ilmu fiqahnya tak bersanad sampai kepada imam mujtahid mutlaq , dan juga menunjuk bahawa tak berdisplin ilmu , talfik mazhab adalah bermudah-mudah didalam agama Nauzubillah!!

9. Menghormati mazhab lain(yakni tak mengakui kita sahaja turut qur-an atau kita sahaja orang sunnah) , ini dakwaan membuat setiap mazhab fiqah menjadi rendah lekeh dan hina , ini adalah tidak menghormati mejoriti ummat islam yang mana berabad-abad mereka bermazhab hampir ribuan tahun dah, 

setiap mazhab adalah berdasarkan quran dan hadith mengikut fahaman imam mujtahid masing-masing dah , tetapi mereka menghormati sesamanya, tidak ada dakwaan sesamanya , ini adalah adab dan bijaksana dalam bermuamalat dalam pergaulan mereka, sebab itu beribu2 tahun yang telah datang tidak ada permusuhan sesama mereka Subhanalloh!! , berbeza jauh bila firqah sesat yg dakwa quran hadith ini timbul , sangat bermusuh sesama sendiri dikalangan ummat islam Nauzubillah!!

10. Tak menyamakan khalik Tuhan dengan Yang baharu makhluk : seperti beri jihak bagi Tuhan ini

11. Tidak buat #tuduhan dengan secara diri peribadinya sendiri kepada #ilmu2 islam hanya dengan #nama sahaja(menghukumkan sesuatu itu pasti ambil dari ulamak muktabar) , seperti ilmu tauhid sifat 20 yang diwarisi oleh ribuan ulamak muktabar ...

... bahkan memahaminya dan mengajarinya , kerana tidak ada perselisihan simpul iman bagi orang di zaman salaf dan di zaman khalaf ...

... Yakni sama-sama berpegang teguh Tuhan itu ada , Tuhan itu sedia bukan baharu , Tuhan itu kekal tak binasa , Tuhan itu esa tak berbilang2 , Tuhan itu kuasa tak lemah dll...

12. Jelas prinsip ilmunya , mazhabnya siapa tokoh , yakni fiqah salah satu dari empat mazhab , hanafi maliki syafie hambali , aqidah pulak asyari maturidi fudhalak hanabilah , bukan dakwa sunnah dan dakwa salaf , kerana salaf adalah masa bukannya tokoh , dan sunnah pula keadaan nabi baik perkataan perbuatan dan pengakuan bukan juga tokoh , (pandai buat kekeliruan bagi orang awam) .

Kumpulan yg beri tempat dan jihak bagi Tuhan itu , dari kerana sebab dia tak reti -:

1. Apa wujud zati : Aridi / 
wujud hakiki : wujud majazi / 
Wujud mutlak : wujud muqoiyad

2. Apa mustahil aqli , 
 Tak reti hukum aqal

3. Tak buleh beza apa zat , 
apa jirim , jisim dan jauhar firid

4. Tak reti tempat dan jihak itu sifat kekurangan bagi makhluk yg dikontrol oleh Tuhan , sifat lemah , sifat yg baharu

5. Tak reti kata , bila berjihak , Membawa kepada lahir berjarak , lahir berhimpon dan bercerai , lahir gerak dan diam , lahir segala kelemahan dan kekurangan keatas AllohTaala yg mempunyai segala kesempurnaan , Nauzubillah !!

6. Sebab dia terikat dengan keadaan ada makhluk , bila benda baharu adanya mesti bertempat dan berjihak , maka aqal diapon guna cara ini untuk kenal Tuhan yang kodim , Nauzubillah !!

7. Sebab dia tak faham Tuhan khalik yang kodim itu tak serupa dan tak setaraf dengan makhluk yang baharu ini , baik pada Zatnya , pada Sifatnya , dan pada Af-alnya(perbuatan) .

HARAPAN

Semoga kita-kita semua dan juga jenerasi dibalakang kita selamat dari segala fitnah dalam agama , selamat dari segala kekeliruan yang didatangkan oleh tangan-tangan najis , hingga kita-kita semua dapat selamat bersama di negeri akhirat sana selama-lamanya Ameen. 

Comments

Popular posts from this blog

Doa yang dianjurkan untuk dibaca di bulan Ramadan, khususnya menjelang berbuka

𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗠𝗜𝗡𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗢𝗔 𝗞𝗘𝗧𝗜𝗞𝗔 𝗞𝗛𝗔𝗧𝗜𝗕 𝗕𝗘𝗥𝗗𝗢𝗔

Cara tadarus al-Qur’an