Posts

PENTINGNYA KITA BELAJAR ILMU USUL FIQH

Image
Bila Nabi ﷺ tak buat sesuatu perkara, terus kita hukum “Nabi tak suka”? Tunggu dulu... agama ni bukan guna logik akal atau formula simplistik semata-mata! 🧠✋ Dalam disiplin ilmu Usul Fiqh, ada pelbagai sebab kenapa Nabi ﷺ tidak melakukan sesuatu perkara (al-Tark). Antaranya: 1. Dilarang syarak – Contohnya, meninggalkan perkara khurafat kerana dilarang oleh agama. 2. Bukan kebiasaan Baginda – Contohnya, Nabi ﷺ tidak memakan biawak dhab, tetapi Baginda tidak mengharamkannya. 3. Bimbang menjadi wajib – Contohnya, Nabi ﷺ tidak meneruskan solat Tarawih berjemaah setiap malam di masjid kerana bimbang ia difardukan ke atas umat Baginda. 4. Tidak terlintas untuk melakukannya – Contohnya, Nabi ﷺ berkhutbah sandar pada batang tamar sehinggalah para Sahabat mencadangkan dan membina mimbar untuk Baginda. 5. Demi maslahat umat – Contohnya, Nabi ﷺ tidak membina semula Kaabah mengikut asas binaan Nabi Ibrahim AS kerana mengambil kira keadaan kaum Quraisy yang masih baharu meninggalkan kekufuran. 6. ...

TINGGALKAN APA YANG NABI LARANG, BUKAN SEMUA YANG NABI TINGGALKAN: MEMBETULKAN KEKELIRUAN DALAM MEMAHAMI SUNNAH

Image
Baru-baru ini terdapat pihak yang mengemukakan suatu kefahaman agama dengan mengatakan bahawa “kita hendaklah meninggalkan apa yang Nabi ﷺ tinggalkan.” Kenyataan ini seolah-olah dijadikan suatu kaedah umum bahawa setiap perkara yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah ﷺ mestilah turut ditinggalkan oleh umat Islam, dan sesiapa yang melakukannya dianggap telah menyalahi Sunnah atau melakukan bidaah yang sesat. Sebenarnya, kefahaman sedemikian tidak tepat jika dijadikan kaedah umum dalam menentukan hukum agama. Hal ini kerana meninggalkan apa yang dilarang oleh Rasulullah ﷺ tidak sama dengan meninggalkan segala perkara yang tidak pernah dilakukan oleh Baginda. Perbezaan antara kedua-duanya bukan sekadar permainan bahasa, tetapi merupakan suatu persoalan penting yang telah dibahaskan oleh para ulama dalam disiplin Uṣūl al-Fiqh. Jika benar setiap perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah ﷺ wajib ditinggalkan oleh umat Islam, sudah tentu Baginda sendiri akan melarang para sahabat darip...

Hukum membaca lafaz "Sayyidina" ketika tahiyat

Image
Hukum membaca lafaz "Sayyidina" ketika tahiyat akhir di dalam solat adalah arus perbezaan pandangan (khilaf) di kalangan ulama , namun solat tetap sah mengikut sepakat mazhab. Berikut adalah pandangan utama mazhab dan ulama: 1. Sunat dan Afdal Menjaga Adab (Pandangan Mazhab Syafi'i & Sebahagian Ulama): Menambah lafaz "Sayyidina" merupakan satu bentuk penghormatan ( adab ) yang tinggi kepada Rasulullah SAW. Dalam Pandangan Mazhab Syafi'i , menambah lafaz tersebut adalah diharuskan dan digalakkan di luar atau di dalam solat sebagai tanda ta'zim (pengagungan).   2.  Makruh atau Lebih Utama Ditinggalkan (Pandangan Mazhab Hanafi & Sebahagian Salaf): Berpegang kepada konsep tawaqquf (terhenti pada apa yang diajar oleh syariat).  Nabi Muhammad SAW tidak pernah mengajarkan lafaz "Sayyidina" dalam bacaan tasyahhud atau selawat Ibrahimiyyah berdasarkan hadis sahih (riwayat al-Bukhari dan Muslim). Oleh itu, menurut pandangan ini, lebih afdal mem...

Apakah maksud mushaf?

Image
Memegang telefon bimbit yang memaparkan ayat al-Quran tidak disyaratkan berwuduk, kerana telefon bimbit tidak dihukum sebagai mushaf. Apakah yang dimaksudkan dengan mushaf? Syeikh Muhammad Nawawi al-Jawi al-Bantani menjelaskan: وَالْمُرَادُ بِالْمُصْحَفِ كُلُّ مَا كُتِبَ فِيهِ شَيْءٌ مِنَ الْقُرْآنِ بِقَصْدِ الدِّرَاسَةِ، كَلَوْحٍ أَوْ عَمُودٍ أَوْ جِدَارٍ. “Yang dimaksudkan dengan mushaf ialah setiap benda yang ditulis padanya sesuatu daripada al-Quran dengan tujuan pembelajaran, seperti papan, tiang atau dinding.” [Nihayah al-Zain, hlm. 32]. Syeikh Sulaiman al-Bujairimi pula menjelaskan bahawa tulisan merangkumi sesuatu yang benar-benar tertulis pada benda seperti lembaran atau kain, sama ada dengan dakwat atau selainnya, termasuk ukiran huruf pada batu, kayu atau tanah. Adapun sekadar membentuk huruf pada udara atau air, ia tidak dianggap sebagai tulisan menurut mazhab. [Hasyiah al-Bujairimi 'ala al-Khatib, 3/498]. Justeru, ayat al-Quran pada skrin telefon merupakan paparan elek...

Bolehkah solat di atas kubur?

Image
Sah solat jenazah di atas kubur. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW, daripada Abi Hurairah R.A, katanya: أَنَّ رَجُلًا أَسْوَدَ - أَوِ امْرَأَةً سَوْدَاءَ - كَانَ يَقُمُّ الْمَسْجِدَ ، فَمَاتَ ، فَسَأَلَ النَّبِيُّ عَنْهُ فَقَالُوا مَاتَ ، قَالَ أَفَلَا كُنْتُمْ آذَنْتُمُونِي بِهِ ، دُلُّونِي عَلَى قَبْرِهِ - أَوْ قَالَ قَبْرِهَا - فَأَتَى قَبْرَهَا فَصَلَّى عَلَيْهَا Maksudnya : Bahawasanya seorang lelaki kulit hitam – atau perempuan kulit hitam – yang biasa membersihkan masjid telah mati. Maka Nabi SAW bertanya tentangnya, lalu sahabatnya menjawab dia telah mati. Nabi SAW berkata: "Mengapa kamu tidak memberitahuku tentangnya? Bawalah aku ke kuburnya." Nabi SAW lalu datang ke kuburnya dan solat ke atasnya. Riwayat al-Bukhari (458) Hukum solat jenazah di kubur adalah dibolehkan jika seseorang itu tidak sempat untuk menyembahyangkannya di masjid atau tempat lainnya. Ini berdasarkan sebuah hadis Nabi SAW daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma: مَاتَ إِنْسَانٌ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى ...

BACAAN ZIKIR SEBELUM TIDUR

Image
“Kalau ngantuk, jangan buru-buru tidur. Ucapkanlah: لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ، سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ.” “Faedahnya, sebelum tidur akan diampuni dosanya walau sebanyak buih di lautan.” — KH. Maimoen Zubair رحمه الله • لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ “Tidak ada sesembahan yang berhak disembah selain Allah SWT.” Seorang muslim mengakui bahwa hanya Allah SWT yang menjadi tujuan ibadah, tempat bergantung dan yang memiliki kekuasaan mutlak. وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ “Dia Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya.” Artinya kita memurnikan ibadah hanya untuk Allah SWT dan tidak menyekutukan-Nya. • لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ “Milik-Nya seluruh kerajaan/kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian.” Segala sesuatu pada hakikatnya berada di bawah kekuasaan Allah SWT. Karena itu, dalam keadaan mendapatkan nikmat maupun m...

AMALAN KAMPUNG UBAI: PENJELASAN BERDASARKAN HUKUM SYARAK

Image
ASSALAMUALAIKUM. AMALAN KAMPUNG UBAI: PENJELASAN BERDASARKAN HUKUM SYARAK Oleh: Esmari Bin Mohd Rabi Jabatan Mufti Negeri Pahang telah menerbitkan keputusan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil. 1/2026, yang bersidang pada 27 dan 28 April 2026, berkaitan beberapa amalan yang dikaitkan dengan penduduk Kampung Ubai, Kuantan, Kampung Ubai, Pekan dan kawasan sekitarnya. Kajian tersebut mengambil kira aspek akidah, syariah, adab dan akhlak. Penting difahami bahawa keputusan tersebut merujuk kepada amalan-amalan khusus yang disenaraikan, bukan menghukum keseluruhan penduduk Kampung Ubai. 1. Dari sudut akidah Antara amalan yang ditegur ialah kepercayaan tertentu ketika menyembelih ayam sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan, doa yang dikatakan menyampaikan roh haiwan kepada si mati, mencagar cincin untuk tujuan menolak bala serta menyusup di bawah keranda dan mencampakkan wang syiling dengan kepercayaan tertentu. Jabatan Mufti Negeri Pahang memutuskan bahawa amalan-amal...