PENGERTIAN TA'ALUQ TANJIZI QADIM , SULUHI QADIM DAN TANJIZI HADIS
[ PENGERTIAN TA'ALUQ TANJIZI QADIM , SULUHI QADIM DAN TANJIZI HADIS ]
Antara perkara yang dibahaskan oleh ikhwan ialah mengenai "ta`alluq" dalam ilmu usuluddin.
Ingin saya jelaskan beberapa perkara;
๐ทPertama : Bahasan/pengetahuan mengenai ta`alluq bukanlah bertaraf fardu `ain. Sebagai contoh , mengenai sifat qudrat/iradat , yang menjadi kewajipan bagi setiap muslim ialah memahami dan meyakini secara umum bahawa Allah swt bersifat qudrat dan iradat iaitu maha berkuasa dan maha berkehendak.
Malah maha berkuasa atas segala-galanya dan berkehendak menentukan segala-galanya , dan tidak berlaku sesuatu pada makhluk ini , kecuali dengan kekuasaan dan kehendakNya (ketentuanNya).
๐ทKedua : Adapun mengenai ta`alluq , maka ia bermaksud , kefahaman akal tentang " fungsi , pelaksanaan dan hubungan " (cara kerja) sesuatu sifat ma`ani dengan apa yang berkait dengannya.
Maka kerana itu huraian mengenainya , berbeza-beza/ada khilaf di kalangan ulama usuluddin. Sebagai contoh , sifat qudrat , ta`alluqnya ialah suluhi qadim dan tanjizi hadis menurut sebahagian ulama , dan menurut sebahagian lagi , lebih dari itu , seperti qabdah suluhi qadim , qabdah tanjizi hadis dan lain-lain.
Sifat iradah , ta`alluqnya suluhi qadim , tanjizi qadim dan tanjizi hadis menurut segolongan ulama , dan ada yang hanya menyebut suluhi qadim dan tanjizi hadis sahaja. Berbagai-bagai.
Secara mudahnya , berkait dengan sifat qudrat , kemampuan/potensi qudrat yang ada pada zat Allah swt sejak azali lagi itu , dinamakan suluhi qadim , dan apabila sampai masanya maka terjadilah sesuatu dengan qudratNya itu , maka itu dinamakan tanjizi hadis. Ada yang menghurai lebih dari itu.
Mengenai sifat iradah , kemampuan/potensi iradah yang ada pada zat Allah swt sejak azali lagi itu , dinamakan suluhi qadim , dan terlaksana kehendak Allah swt terhadap makhlukNya sejak azali , sedangkan makhluk belum diciptakan lagi , dinamakan tanjizi qadim , dan apabila sampai masa makhluk diciptakan , maka ia dicipta dengan iradah/kehendakNya , maka ia dinamakan tanjizi hadis.
๐ธPMDAM
Comments
Post a Comment