LAFAZ MEWAKILKAN SAMA ADA UCAPAN ATAU DALAM BORANG KORBAN

Lafaz ini adalah lafaz yang telah disemak oleh Fadilatus Shaykh Prof Dr Omar Kalash Hafizahullah. 

Wajib lafaz wakil dan wakil atas wakil dalam urusan korban jika pihak yang buat korban tidak menyembelihkan korbannya sendiri. Jangan buat mudah lafaz wakil ni kerana nanti rugi duit kita ingin buat korban tetapi tidak sah. Ini antara muamalat yang penting. Banyak jawatankuasa korban kadang-kadang beli lembu lepas tu nak buat untung atas lembu, kononnya duit untung buat pengurusan tanpa ada redha dari pihak yang buat korban. Ada yang masuk tabung masjid / surau, nampak baik, tapi ia seumpama jumpa duit lepas tu masuk tabung masjid. Jangan kita buat dosa percuma. Korban dalam Mazhab Syafie hukumnya sunat. Tapi jika nak buat korban, wajib belajar hukum hakamnya. 

Śīghah (Lafaz) al-Tawkīl (Mewakilkan) Bagi Tujuan al-Uḍḥiyah (Sembelihan Korban):

"Aku wakilkan kamu untuk melaksanakan bagi pihak aku akan Uḍḥiyah (disebut akannya sama ada seekor Kambing (Termasuk Biri-Biri) / Lembu (Termasuk Kerbau) / Unta - atau Sebahagian daripada 1/7 Lembu atau Unta) dan kamu boleh mewakilkan kepada orang lain yang akan melaksanakannya jika kamu mahu dan dia juga boleh mewakilkan kepada orang lain yang melaksanakannya jika dia mahu, dan aku menyerahkan kepada kamu sejumlah amaun tersebut (contoh: RM800) sebagai gantian apa yang kamu belanjakan dan lebihan dari itu kamu perlakukan ia untuk maslahah (seperti pengurusan)".

Wallahu a'lam

Dikongsikan oleh
Mu'allim Dahim Jalal (MDJ)
Pendakwah Bertauliah
Negeri Selangor
0132264264

Comments

Popular posts from this blog

SALAWAT AL-FATIH

Zikir Sangat Penting Dan Tidak Sepantutnya Diabaikan