SOLAT QASAR DAN JAMAK: CARA MENGIRA HARI SAMPAI DAN HARI BALIK
Saya bahagikan kepada 3 suasana:
1. Apabila sampai siang hari.
Contoh:
Kita bercadang tinggal di Kota Tinggi bermula hari Isnin sehingga Jumaat siang.
Kita sampai di Kota Tinggi pada jam 2 petang hari Isnin.
Isnin 2 ptg - Isnin Maghrib : Hari Sampai
Isnin Maghrib - Selasa Maghrib : 1 hari
Selasa Maghrib - Rabu Maghrib : 2 hari
Rabu Maghrib - Khamis Maghrib : 3 hari
Khamis Maghrib - Jumaat Maghrib : Hari Bergerak
Jika kita keluar sebelum Jumaat Maghrib, maka kita DIBENARKAN untuk solat qasar dan jamak sepanjang permusafiran kita.
2. Apabila sampai siang hari
Contoh:
Kita bercadang tinggal di Kota Tinggi bermula hari Isnin sehingga Sabtu siang.
Kita sampai di Kota Tinggi pada jam 2 petang hari Isnin.
Isnin 2ptg - Isnin Maghrib : Hari Sampai
Isnin Maghrib - Selasa Maghrib : 1 hari
Selasa Maghrib - Rabu Maghrib : 2 hari
Rabu Maghrib - Khamis Maghrib : 3 hari
Khamis Maghrib - Jumaat Maghrib : 4 hari
Jumaat Maghrib - Sabtu Maghrib : Hari Bergerak
Dalam kes ini, kita TIDAK DIBENARKAN untuk solat qasar dan jamak bermula hari pertama lagi kerana kita dikira bermuqim di sana.
3. Apabila sampai malam hari.
Contoh:
Kita bercadang untuk tinggal di Kota Tinggi pada hari Isnin hingga hari Jumaat siang.
Kita sampai pada jam 9 malam.
Isnin malam - Selasa Subuh : Hari Sampai
Selasa Subuh - Selasa Maghrib : 1 hari
Selasa Maghrib - Rabu Maghrib : 2 hari
Rabu Maghrib - Khamis Maghrib : 3 hari
Khamis Maghrib - Jumaat Maghrib : Hari Bergerak.
Kita BOLEH mengqasar dan menjamakkan solat. Tetapi jika kita merancang daripada awal lagi untuk bergerak selepas Jumaat Maghrib, maka kita TIDAK DIBENARKAN untuk mendirikan solat qasar dan jamak.
Wallahu a'lam.
Catatan:
Topik ini saya telah sampaikan di Masjid Saujana Puchong pada hari Ahad 15 Mac 2026 selepas solat sinat witir. Sila hubungi saya di talian 0132264264 atau 0186236114 jika anda ada pertanyaan atau undangan untuk saya menyampaikan kuliah atau ceramah Tahsin Ibadah.
Comments
Post a Comment