Lima Waktu Terbaik Untuk Baca Al-Quran Dalam Seharian

Lima Waktu Terbaik Untuk Baca Al-Quran Dalam Seharian

1. Waktu pagi

Bahagikan tempoh waktu pagi kepada dua bahagian, iaitu sebelum solat Subuh dan selepasnya. Solat sunat sebelum Subuh kan antara ibadah yang sangat dituntut. Ini seperti yang diceritakan dalam hadis daripada Aisyah RA bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:

لَمْ يَكُنِ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى شَيْءٍ مِنَ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مِنْهُ تَعَاهُدًا عَلَى رَكْعَتَيِ الفَجْرِ

Maksudnya: "Tidak pernah dilihat Nabi SAW begitu mengambil berat berkaitan solat-solat sunat sebagaimana Baginda SAW mengamil berat tentang dua rakaat fajar," (hadis riwayat Al-Bukhari, 1116)

Ada satu lagi hadis yang menyatakan perkara sama, iaitu daripada Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا

Maksudnya: "Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya," (hadis riwayat Muslim, 725)

Jika mahu lebih baik, mungkin waktu selepas solat fardu Subuh itu kita boleh gantikan mengaji dengan bacaan zikir al-Mathurat.

Ringkasannya: solat sunat fajar/qabliah + baca al-Quran + solat Subuh + baca al-Mathurat

2. Waktu Dhuha

Selepas melakukan solat sunat Dhuha, alangkah bagusnya kalau kita teruskan beribadah dengan membaca al-Quran, bukan?

Sudahlah kita menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT atas segala nikmat dan rezeki melalui dua rakaat Dhuha, kemudian kita menambah lagi ibadah mengaji al-Quran sebagai 'tanda' menghayati kata-kata-Nya.

Solat sunat bersyukur atas rezeki + baca al-Quran mendalami pesanan-Nya = terasa lengkap ibadah Dhuha kita. Insya-Allah.

Ringkasannya: solat sunat Dhuha + baca al-Quran

3. Waktu tengah hari

Bahagikan juga tempoh waktu Zohor ini kepada dua bahagian, iaitu sebelum solat dan selepas solat. Lebih bagus kalau solat fardu kita itu diiringi dengan solat sunat rawatib.

Bagi golongan bekerja, mungkin boleh manfaatkan waktu rehat yang ada untuk buat solat sunat rawatib atau baca al-Quran sekali jika masa mengizinkan.

Bagi suri rumah, bekerja di rumah atau bekerja sendiri pula, rasanya mungkin tiada masalah 'masa singkat' untuk buat solat sunat rawatib atau baca al-Quran atau kedua-duanya sekali.

Ringkasannya: solat sunat qabliah + baca al-Quran + solat fardu Zohor + solat sunat ba'diah + baca al-Quran

4. Waktu petang

Manfaatkan petang anda dengan solat Asar yang disusuli dengan ibadah sunat seperti solat sunat qabliah, bacaan al-Quran dan bacaan al-Mathurat.

Ringkasannya: solat sunat qabliah + baca al-Quran + solat fardu Asar + baca al-Mathurat

5. Waktu malam

Biasanya pada waktu lewat petang atau menjelang Maghrib, kita sibuk dengan urusan-urusan lain seperti siapkan anak, masak makan malam, masih di jalan raya (pulang dari kerja), balik dari beriadah dan seumpamanya.

Jadi waktu terbaik untuk baca al-Quran (yang lazimnya ramai amalkan) adalah pada tempoh waktu antara selepas solat Maghrib hingga ke Isyak, serta selepas solat Isyak sekali.

Tempoh masa ini biasanya lazim dihidupkan dengan aktiviti mengaji al-Quran sama ada secara fizikal di rumah, surau dan masjid mahupun secara online di mana-mana.

Bagi yang menghafaz al-Quran pula, tempoh masa ini juga adalah waktu terbaik untuk menghafaz atau mengulangi hafazan masing-masing.

Malah selepas solat Isyak beserta rawatib, kita juga boleh sambung mengaji dengan bacaan surah pilihan seperti al-Mulk.

Ringkasannya:

solat sunat qabliah + solat fardu Maghrib + solat sunat ba'diah + baca al-Quran

solat sunat qabliah + solat fardu Isyak + solat sunat ba'diah + bacaan surah al-Mulk

dahimjalal1970@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

LAFAZ MEWAKILKAN SAMA ADA UCAPAN ATAU DALAM BORANG KORBAN

SALAWAT AL-FATIH

Zikir Sangat Penting Dan Tidak Sepantutnya Diabaikan