๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ง๐๐ฅ๐๐จ๐ฃ๐ ๐๐๐๐ฅ๐ ๐จ, ๐ช๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐จ๐ก๐ง๐จ๐ง ๐ญ๐๐ ๐๐ก ๐๐ก๐
๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ง๐๐ฅ๐๐จ๐ฃ๐ ๐๐๐๐ฅ๐ ๐จ, ๐ช๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐จ๐ก๐ง๐จ๐ง ๐ญ๐๐ ๐๐ก ๐๐ก๐
Zaman para Imam mazhab โ Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam al-Shafiโi, dan Imam Ahmad bin Hanbal โ adalah zaman yang disabdakan Nabi ๏ทบ sebagai โsebaik-baik kurunโ. Mereka hidup dalam naungan cahaya tabiโin dan tabiโ tabiโin, dekat dengan sumber wahyu, dan hampir dengan riwayat yang masih basah dari lisan sahabat. Dalam tempoh itulah, Islam memancar dalam bentuknya yang paling asli, paling murni, belum tercemar oleh hawa nafsu zaman dan aliran songsang yang beraneka rupa.
Para imam agung yang lahir sesudah mereka โ seperti Imam Tirmizi, Imam Abu Daud, Imam an-Nawawi, Imam al-Ghazali, Imam Ibn Hajar al-Asqalani, dan Imam al-Suyuthi โ semuanya ulama besar yang harum namanya di langit dan bumi. Namun tidak seorang pun daripada mereka berani mendakwa mendirikan mazhab baru. Bahkan, mereka tunduk dan patuh dalam bingkai empat mazhab yang diwariskan oleh generasi awal, kerana mereka tahu: berpegang pada jalan salaf bukan kelemahan, tetapi keselamatan.
Lalu datang manusia zaman ini โ yang belum tentu sah wuduknya, yang masih merangkak dalam memahami satu hadis, yang gagap membaca satu baris daripada al-Muwattaโ atau al-Umm โ tiba-tiba mendabik dada konon tidak perlu bermazhab. Katanya, cukuplah al-Quran dan sunnah, seolah-olah para Imam mujtahid dahulu berijtihad tanpa sunnah dan Quran.
Namun anehnya, mulut yang enggan terikat dengan mazhab, kerap pula menyebut-nyebut nama Ibnu Taimiyah dan Ibnu Qayyim seperti zikir. Tidak mahu ikut mazhab, tapi tetap juga taksub dengan dua nama โ seolah-olah mereka itu nabi baru zaman mutaโakhirin. Tidakkah ini menunjukkan, bahawa kalian tetap juga bermazhab โ cuma mazhab kalian itu tidak dinamakan sebagai mazhab empat yang diiktiraf, tetapi sebagai โmazhab selera sendiriโ, dibungkus dengan nama-nama yang tidak pernah diiktiraf oleh generasi terbaik.
Jika para ulama besar seperti Imam Nawawi yang menghafal ribuan hadis, tetap tawaduk dalam mazhab, siapakah kamu yang baru mengenal makna wuduโ melalui video TikTok lalu merasa cukup ilmu untuk berkata: โKami tidak terikat dengan mazhabโ?
Ketahuilah, meninggalkan mazhab bukan tanda berilmu tinggi, tetapi alamat kesesatan yang halus โ menanggalkan pelindung warisan agar senang dijangkiti hawa nafsu sendiri.
Wahai pencinta agama, jangan tertipu dengan slogan palsu. Yang tidak mahu terikat dengan mazhab, akhirnya akan terikat dengan kejahilan โ atau dengan mazhab baru yang dibina di atas angkuh, taksub, dan ceteknya ilmu.
Apa yang membuatkan kamu begitu berani mendakwa โtidak terikat dengan mazhabโ? Adakah kamu lebih mulia dari Imam al-Ghazali, yang disebut sebagai hujjatul Islam dan menyusur jalan Imam al-Shafiโi dengan penuh adab? Adakah kamu lebih dalam ilmunya dari Imam Ibn Hajar al-โAsqalani, pakar hadith agung yang juga setia dalam manhaj Syafiโiyyah? Atau kamu fikir kamu telah menemui rahsia kebenaran yang gagal dilihat oleh ribuan ulama sejak zaman salaf?
Ketahuilah โ menolak mazhab bukanlah jalan kemuliaan, tetapi lorong kesombongan yang halus. Kamu benci โtaqlidโ tetapi kamu โtaqlidโ juga โ cuma bukan pada mazhab, tetapi pada tokoh yang kamu agung-agungkan tanpa semak silang. Namakan siapa? Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim โ dua nama yang disebut seakan tasbih, walaupun pandangan mereka telah ditolak oleh ramai imam dalam kalangan Ahlus Sunnah wal Jamaโah.
Anehnya, kamu mencemuh mazhab Syafiโi yang diwarisi turun-temurun di Nusantara, tetapi kamu mengutip fatwa dari tokoh yang tidak dikenali pun oleh generasi sahabat, tabiโin, hatta tidak diterima oleh majoriti ulama empat mazhab. Maka di mana letaknya kesedaranmu terhadap sanad ilmu? Di mana rasa hormatmu pada warisan keilmuan Islam?
Ada pula antara kamu yang berhujah kononnya โkami ikut al-Quran dan sunnah sahaja.โ Seolah-olah Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafiโi dan Imam Ahmad itu tidak membaca sunnah. Seolah-olah ribuan ulama yang berkhidmat menyusun hukum selama 1400 tahun itu semuanya buta huruf, lalu datanglah kamu โ generasi TikTok dan YouTube โ mahu mengajar mereka cara memahami hadis?
Wahai saudaraku, beradablah dengan ilmu. Jangan kamu mengaku mahu mencari kebenaran, jika sebenarnya kamu hanya mencari justifikasi kepada nafsumu yang ingin bebas dari panduan. Ramai yang bermula dengan niat baik โ mahu kembali kepada Islam yang โasliโ โ tetapi berakhir dengan membina mazhab sendiri tanpa sedar, lalu menyesatkan orang lain pula.
Ingatlah, tidak bermazhab bukan tanda merdeka. Ia hanya menjadikan kamu pelarian dalam belantara fatwa, terumbang-ambing tanpa imam, tanpa panduan. Sedangkan bermazhab bukan bererti membuta tuli โ ia adalah pengiktirafan kepada rantaian ilmu, adab terhadap warisan, dan keselamatan dalam beramal.
Lebih baik kamu terikat pada mazhab yang sahih, daripada terikat pada kejahilan yang dibungkus dengan ego.
Wassalam .ikhlas dari Walan Gara
.
Comments
Post a Comment