IJTIHAD FIQH DAN ILMU HADIS
IJTIHAD FIQH DAN ILMU HADIS
Ijtihad dalam bidang hadis iaitu utk mendapatkan status bagi hadis yg belum dinilai oleh ulama hadis masih terbuka sehingga kini. Boleh dikatakan, ijtihad dalam bidang fiqh, telah hampir keseluruhannya selesai dengan lahirnya mazhab2 fiqh, serta adanya pandangan muktamad dalam mazhab.
Berbeza dgn bidang hadis. Penilaian status hadis masih belum selesai dengan hanya sekadar adanya kitab2 hadis. Ijtihad dalam perkara ini masih terbuka. Kalau kita perasan, ada satu kelompok ingin melihat semula pandangan empat mazhab, mana lebih rajih, hanya semata-mata dengan menilai semula dalil hadis yg digunakan. Depa nilai tu dengan mengikut susunan begini, hadis sahih, hasan dan daif. Bagi depa, jika hadis sahih vs hadis hasan, maka mazhab yg guna hadis sahih lebih rajih dari mazhab yg guna hadis hasan. Begitu juga mazhab yg guna hadis hasan lebih rajih dari mazhab yg guna hadis daif.
Aspek ini seakan-akan ingin diperhatikan semula oleh kelompok ini utk mendapatkan dalil yg benar2 sahih bagi mereka dan mazhab yg guna hadis sahih lah yg mereka utamakan utk dipilih. Dalam aspek ini, mereka tidak mengikat diri mereka dengan mazhab tertentu, tetapi lebih memilih mazhab yg guna hadis sahih dalam istidlal. Misalnya, permasalahan A, depa pilih mazhab A misalnya, manakala permasalahan B, mungkin depa pilih mazhab C pula. Depa anggap diri depa bebas mazhab, tetapi mengikuti mazhab mana yg guna dalil paling kuat bagi depa. Itulah pandangan yg depa ikut walaupun datang dari pelbagai mazhab.
Zaman kini, kelompok ini wujud, cuma mereka tidak mengikuti disiplin ilmu yg sepatutnya. Kelompok ini memandang diri mereka terpaling betul berbanding orang lain. Sehinggakan ulama2 mujtahidin pun mereka tidak hormat, hanya semata-mata depa rasa depa guna dalil hadis yg lebih kuat dari dalil ulama mujtahidin terdahulu. Perkara ini menjadi lebih komplikated apabila pintu ijtihad kepada orang awam yg tidak mempunyai asas ilmu yg kukuh, dibuka kepada mereka secara bebas.
Hanya berbekalkan pengetahuan ttg hadis sahih, hasan dan daif, belum cukup utk seseorang itu berbahas dalam bab ijtihad. Sesiapa yg mendalami bidang ijtihad, ia akan dapat rasai, ia merupakan rahsia Allah terhadap hamba2Nya yg cuba menggali hukum hakam daripada sumber2 syariat utk diistinbatkan. Jika seseorang itu mengikuti disiplin ilmu dengan betul, mustahil utk ia kurang adab dengan para mujtahidin terdahulu.
Wallahua'lam
Comments
Post a Comment