JENIS PERBAHASAN FIQH

JENIS PERBAHASAN FIQH

1) Ada perbincangan fiqh, nak cari mana lebih rajih. Katakan dalam sesuatu permasalahan, ada golongan yg mengharuskan, dan ada golongan yg mengharamkan. Maka akan dibahas dari sudut 1) dalil yg digunakan oleh kedua-dua golongan, 2) munaqasyah dalil, 3) tarjih

2) Ada juga perbincangan fiqh sekadar menyesuaikan dengan realiti semasa, tidak melihat kpd mana yg rajih. Mana2 pandangan yg sesuai dgn realiti semasa, itulah yg akan diambil. Misalnya mazhab Hanafi sesuai dgn realiti semasa berkaitan kewangan, maka pandangan mazhab Hanafi akan diambil.

3)Ada juga perbincangan fiqh, sekadar utk menyesuaikan pandangan mazhab tempatan iaitu mazhab Shafi'i dgn realiti semasa. Perbincangan adalah dalam kerangkan mazhab Shafi'i. Segala aqwal walaupun daif, marjuh, dsb akan diambil kira utk disesuaikan dgn realiti semasa. Perkara 2 dan 3 ini adalah hampir sama, cuma perkara 3 ini dilihat dalam kerangka mazhab Shafi'i semata-mata. Persamaannya ialah walaupun dalam perkara 3 ni daif menurut qawl mazhab Shafi'i, tetapi rajih menurut qawl mazhab lain. 

Kaedah perbincangan utk perkara 2 dan 3 banyak dibincangkan dalam fatwa semasa di Malaysia. Nombor 2 banyak digunakan utk ijtihad kewangan semasa. Manakala nombor 3 lebih kepada perbincangan dalam haji, korban dan beberapa isu dalam zakat. 

Wallahua'lam

Comments

Popular posts from this blog

LAFAZ MEWAKILKAN SAMA ADA UCAPAN ATAU DALAM BORANG KORBAN

SALAWAT AL-FATIH

Zikir Sangat Penting Dan Tidak Sepantutnya Diabaikan