MIMPI YANG TIADA ALAMATNYA

Mimpi yang tiada alamatnya ada 3 perkara :

1. Barang yang di angankan pada siang hari kemudian mimpi pada waktu tidurnya.
2. Mimpi bagi orang yang tidur beserta junub atau mimpi berjunub kerana beserta dengan perbuatan syaitan.
3. Mimpi orang yang menjadi raja yang zalim, menteri yang zalim kerana itu mimpi pembohong.

Telah berkata setengah ulama' Hukama' yakin tak ada alamatnya.

Barang siapa yang ingin mendapat mimpi yang elok dan alamat yang baik, tatkala hendak tidur hendaklah mengambil air sembahyang, kemudian membaca surah Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas, surah Al- Falaq, surah An-Nas dan dibaca tasbih ;

سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله اكبر، ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم..

Kemudian dibaca Solawat atas Nabi ;

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم...

Kemudian dibaca doa ini 7x ;

اللهم اغفرلي ولوالدي وارحمهما كما ربياني صغيرا ولجميع المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات....

Kemudian terus tidur, in sha Allah mimpinya itu sah serta mendapat alamat yang betul...

*Kitab Ramalan Orang Tua-tua. 

والله أعلم بالصواب

Comments

Popular posts from this blog

LAFAZ MEWAKILKAN SAMA ADA UCAPAN ATAU DALAM BORANG KORBAN

SALAWAT AL-FATIH

Zikir Sangat Penting Dan Tidak Sepantutnya Diabaikan