KULIAH ILMU TAJWID DAN FASOHAH

Dahim Bin Jalal, mengajarkan Ilmu Tajwid dan Fasohah sejak beliau dilantik oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Sebagai guru fardu ain dan Al-Quran pada tahun 1990. Beliau kini aktif mengajarkan kaedah bacaan Al-Quran yang betul dari aspek Tajwid dan Fasohah di masjid-masjid dan surau-surau di Negeri Selangor.
Berbekalkan ilmu Tajwid dan bacaan Al-Quran yang dipelajari secara talaqqi dan Musyafahah sehingga dikurniakan Ijazah dan Sanad Tinggi Al-Quran dari pakar ilmu Tajwid dan Qiraat dari Mesir iaitu Al-Qari' Hesham Abd Barri Muhammad Rajih.

Dahim mendalami ilmu Tajwid dari guru beliau al-Marhum Ustaz Ahmad Badawi bin Abdullah Al-Azhari, mantan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Al-Marhum Ustaz Salikin bin Sitek, Syaikh Al-Maqari' Negeri Selangor, Al-Marhum Ustaz Mohamad Hambali bin Abdul Salam, tokoh imam peringkat Negeri Selangor (1995) dan al-Marhum Tan Sri Dato' Haji Hassan bin Azhari, hakim majlis tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa dan kebangsaan.

Beliau yang memiliki Diploma Pengajian Syariah(2004), Diploma Pengajian Al-Quran (1997) dan Diploma Pengajian Bahasa Arab (1993) dari Institut Pengajian Ilmu-ilmu ISLAM (IPI) yang kini dikenali sebagai Kolej Dar al-Hikmah lebih meminati pengajian ilmu Tajwid dan Fasohah sebagai pekerjaan sepenuh masa sejak beliau menamatkan pekerjaan sebagai guru besar di Sekolah Integrasi Darul Ehsan Subang Jaya pada 2009.
(Gambar Dahim Bin Jalal ketika berkhidmat sebagai guru besar di Sekolah Integrasi Darul Ehsan Subang Jaya) 

(Gambar al-Marhum Imam Mohammad Hambali bin Abdul Salam) 


Beliau bertalaqqi Al-Quran hingga khatam 30 juz, pertama khatam 30 juz dan diijazahkan sanad oleh al-Marhum Imam Mohammad Hambali Abdul Salam dan beliau bertalaqqi dari al-marhum Dato' Ismail Tamim al-Bantai, Syaikh al-Maqari Negeri Selangor yang sanad beliau sampai kepada Rasulullah S. A. W.

Beliau khatam 30 juz kali kedua dari Syaikh Firdaus Zainul, guru di Maahad Tahfiz Al-Ihsan Subang Jaya, dan Beliau dari al-Marhum Syaikh Ridha bin Salim bin Ali bin Sayid Ahmad, guru di Maahad Al-Qira’at Shubra Al-Azhar Al-Syarif Mesir.
Dan khatam al-Quran 30 juz kali ketiga pula dari pakar ilmu Tajwid dan Qiraat dari Mesir iaitu Al-Qari' Heysham Abd Barri Muhammad Rajih dan beliau mengijazahkan beliau Sanad Tinggi Al-Quran.

Beliau menggunakan beberapa buah kitab Tajwid untuk dijadikan panduan ketika mengajar, di antaranya adalah:

Beliau juga ada menulis buku Tajwid:
Pihak pengurusan masjid, surau dan sebagainya boleh mengundang beliau untuk kuliah, bengkel atau ceramah berkaitan ilmu Tajwid dan Fasohah.

Dahim Bin Jalal
Pendakwah Bertauliah 
Negeri Selangor 
018-6236114/013-2264264

Comments

Popular posts from this blog

π— π—˜π—‘π—šπ—”π—‘π—šπ—žπ—”π—§ π—§π—”π—‘π—šπ—”π—‘ π— π—˜π—‘π—šπ—”π— π—œπ—‘π—žπ—”π—‘ 𝗗𝗒𝗔 π—žπ—˜π—§π—œπ—žπ—” π—žπ—›π—”π—§π—œπ—• π—•π—˜π—₯𝗗𝗒𝗔

Benarkan Selawat Tafrijiyyah mengandungi unsur syirik?

LAFAZ MEWAKILKAN SAMA ADA UCAPAN ATAU DALAM BORANG KORBAN