Terkenang Tok Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah

Terkenang Tok Guru Haji Abdullah 
Lubuk Tapah (6)
TG dianugerahi  ketajaman faham dan kekuatan ingatan. Saya diberitahu yang TG menghafal keseluruhan majmu al- mutun. Ketika TG berada dalam ward ICU di Hospital Perdana Kota Bharu, saya ziarahi TG yang agak tenat. Kak Yah isteri TG menemani TG, TG bertanya saya : "dengar Man (anaknya Dr.Luqman) royat demo nak gi UM, nak kecek tajuk gapo?". Ambo beritahu tajuk peranan pondok dalam mengembang dan mempertahan mazhab as - Syafie".TG senyum setuju, dan berkata: "hulur kertas dengan pen tu ambo nak tulis". TG menulis sambil tidur melentang serangkap nazam tentang kewajiban kita bermazhab dengan mana- mana mazhab imam yang empat sehingga datangnya Imam al- Mahdi. ( Rasanya bait dari Jauharatu at- Tauhid)  Sayangnya catitan bernilai TG itu hilang entah ke mana. 

Begitu juga waktu menyampaikan pengajaran, ada masanya TG membuka kitab sebagai syarat, sedangkan matan yang diajarnya  memang dihafalnya.

Suatu petang, rombongan kecil baba-baba pondok Pattani datang bertemu TG - berkebetulan ada program Shaikh Nuruddin di pondok Lubuk Tapah. Antara mereka itu yang madih saya ingat : Baba Li Sekam, Baba Karim Dala, Baba Yih Gelung dan mungkin ada seorang dua baba lagi. Kebetulan ketika itu  ulama di Pattani sedang bermuzakarah  tentang wasiat.  Baba Li Sekam menulis soalan di atas kepingan kecil kertas diserah kepada TG. Saya dah lupa respon TG. Hanya selepas baba- baba turun dari rumah , TG bertanya kepada ambo : " nama gapo hok bui kertas ke ambo sakni, bijak dia tu, bijak tu". Dan keesukkan hari ketiga baba- baba bersalaman dengan TG sebelum berlepas balik ke Pattani, TG menyelitkan sampul surat hanya ke dalam poket jubah Baba Li , yang TG sebut " bijak dia tu". Mashaallah.

 Baba Li memberitahu saya : "kekkok juga nak bertanya dengan TG, nak kecek deras ( nada tinggi) - takut dan nak jaga adab, nak kecek di telinga dia serupa Zaidi buat, tak tergamak ". Pun begitu dalam keterbatasan itu, TG dapat mengesan kebolehan seseorang walaupun hanya sekilas pertemuan. Seakan Tuhan tarik upaya pendengaran TG, Tuhan bukakan keupayaan faham, keberkatan dan firasat kepadanya.

Suatu hari saya diberitahu TG hendak berjumpa saya, TG minta saya betulkan apa yang ada dalam tulisan Ramli Halim tentang TG dalam majalah Dewan Agama dan Falsafah. TG sebut " dia tulis dengan tidak berjumpa ambo sendiri". TG memberitahu yang artikel itu menyebut TG menyergah tujuh ekor anjing yang seakan menyerang TG. Disebut ketujuh ekor itu mati. TG kata tak betul, kerana "cina tu mari royat ke ambo, tujuh ekor anjing tu selok ( pengsan), 6 ekor kabar ( sedar) semula, seekur saja yang mati sungguh". " Demo kena berbetul tu". 

TG menyebut ada seorang bangsawan yang kehilangan kotak barang kemas ( perhiasan emas) bernilai sekitar RM100 ribu dari simpanan di rumahnya.TG menyuruh pelajarnya membeli kek dari kedai kek Nur Mamat ," hak sekalo (biasanya) ambo buat dengan biskut tawar, dah ni orang bersolek ( bangsawan) - ambo buat atas kek". Setiap orang yang masuk keluar dari rumah itu disuruh makan securai dari kek tersebut.

Alhamdulillah kotak barang kemas itu dikembali tanpa ada yang hilang, ianya diambil oleh pembantu yang menyapu di rumah tersebut. Tuan barang kemas itu datang dengan gembiranya ke rumah TG, dan menyampaikan saguhati RM5 ribu krpada TG
. TG membilang kepingan wang tersebut dan mengambil RM100 serta memulangkan yang selebihnya. Dia bertanya kepada Kak Yah: " bakpo TG taksir ambil duit ambo, duit tak bersih ko bakpo?". Kakyah menjawab " banyak sangat , TG tak biasa ambil banyak , RM 100 tu pun dah kira banyak". 

Dekat hariraya orang yang sama datang lagi, dia mengatakan dia telah bernazar hendak memberi TG seribu Ringgit, dan dia akan berkecil hati sekiranya TG masih menolak pemberiannya. Ketika TG memberitahu saya kisah ini, dia seakan ketawa kecil: ' ambo ambil lah juga, tidak sampai nak berbalah kes orang nak bui duit ke kita' 

 Inshaallah bersambung

Comments

Popular posts from this blog

Doa yang dianjurkan untuk dibaca di bulan Ramadan, khususnya menjelang berbuka

𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗠𝗜𝗡𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗢𝗔 𝗞𝗘𝗧𝗜𝗞𝗔 𝗞𝗛𝗔𝗧𝗜𝗕 𝗕𝗘𝗥𝗗𝗢𝗔

Cara tadarus al-Qur’an