CARA MENGAMBIL WUDUK
Cara mengambil wuduk yang betul bermula dengan membaca Basmalah dan membasuh tapak tangan, diikuti rukun wajib secara tertib iaitu niat serentak ketika membasuh muka, membasuh muka, membasuh tangan hingga siku, menyapu sebahagian kepala, membasuh kaki hingga buku lali, dan diakhiri dengan doa.
Rukun dan Langkah Wuduk
1. Basuh tapak tangan: Basuh tangan hingga pergelangan tangan sebanyak tiga kali.
2. Berkumur dan sedut air ke hidung: Berkumur dan masukkan air ke dalam hidung (istinsyaq) lalu lepaskan, tiga kali.
3. Muka dan niat: Basuh seluruh muka dari tempat tumbuh rambut dahi hingga ke bawah dagu, dan dari telinga ke telinga. Letakkan niat di dalam hati semasa air mula kena pada muka (Sahaja aku berwuduk kecil fardhu kerana Allah Taala).
4. Tangan hingga siku: Basuh tangan kanan dari hujung jari hingga ke siku sebanyak tiga kali, buat cara sama untuk tangan kiri.
5. Sapu kepala: Sapu air basah pada sebahagian kepala atau rambut sekurang-kurangnya sekali.
6. Telinga: Sapu air pada kedua-dua belah telinga luar dan dalam (sunat).
7. Kaki hingga buku lali: Basuh kaki kanan sampai buku lali tiga kali, lalu ikut langkah sama untuk kaki kiri sambil celah jari digosok.
8. Tertib: Lakukan semua urutan secara berterusan dan mengikut susunan yang betul.
9. Doa selepas wuduk: Baca doa menghadap kiblat selepas selesai (sunat)
Perkara-perkara yangَmembatalkan wuduk
1. Keluar Sesuatu daripada Qubul atau Dubur
2 . Angin (kentut)
3. Air kencing, najis, air mazi, atau air wadi
4. Sebarang benda atau darah yang keluar dari dua saluran ini
5. Hilang Akal
6. Tidur yang tidak tetap kedudukan punggung di atas tempat duduk
7. Gila, pengsan, pitam, atau mabuk
8. Bersentuhan Kulit
9. Bersentuhan kulit lelaki dan perempuan dewasa yang halal berkahwin (bukan mahram) tanpa berlapik.
10. Menyentuh Kemaluan
11. Menyentuh kemaluan depan (qubul) atau tempat keluar najis (dubur) manusia menggunakan tapak tangan atau bahagian dalam jari tanpa alas
Wallahu a'lam
Pendakwah Bertauliah
Negeri Selangor
0132264264
Comments
Post a Comment